Tuesday, 25 December 2012

Manhaj At-Tarbiyah `Inda Al-lkhwan Al-Muslimin



Dr. Abdul Halim Mahmud, mantan Syeikh Universiti Al-Azhar, telah menulis buku bertajuk "Manhaj At-Tarbiyah `Inda Al-lkhwan Al-Muslimin" yang menerangkan konsep perjuangan Al-Ikhwan dan pelaksanaan tarbiyahnya. Segala yang dinyatakan di bawah adalah sedutan dan suntingan terhadap penulisannya dalam buku yang dinyatakan.

Tahap-tahap Tarbiyah
Salah satu ciri tarbiyah Ikhwan Muslimun ialah ia dilaksanakan dalam bentuk tahap-tahap atau bertahap dan berperingkat. Ini untuk memastikan pembinaan individu secara berstruktur dan seimbang. Selain itu, tahap-tahap ini juga menggambarkan peringkat-peringkat keahlian dalam Ikhwan Muslimun yang dilakukan atas sebab-sebab pengurusan dan keselamatan.