Ahmad Husain, Presiden Persatuan Pemuda Mesir, seorang lelaki berjiwa patriotik, sangat bergolak cintanya dan semangatnya kepada Mesir. Sebab ini, beliau banyak mengesani pengikutnya dalam persatuan ini.
Persatuan Pemuda Mesir, walaupun patriotik, namun di sana terdapat persamaan dengan jemaah Ikhwan Muslimun. Kedua-duanya bekerja untuk membangunkan Mesir. Kedua-duanya menentang penjajahan. Kedua-duanya kesal akan kerjasama kebanyakan kenamaan Mesir dengan kedutaan British dan bekerja demi redha penjajah. Apa-apapun, paling besar, mereka berdua bekerja untuk kebaikan Mesir.
Akan tetapi, Persatuan Pemuda Mesir ini tiada sifat kesatuan dalam organisasi. Setiap ahli jawatankuasa tertinggi mereka bekerja nafsi-nafsi selagi perkara tersebut dipandang betul dari mata sendiri.
ٍSuatu hari, akhbar Persatuan Pemuda Mesir membuat satu kenyataan : "telah datang dajjal dan ahli sihir!... Ikhwan bekerjasama dengan semua parti tanpa pegangan prinsip dan bertahalluf dengan semua orang termasuk Inggeris yang telah mencemuh dengan memerangi komusisme, patriotisme, dan telah membuka cawangan di Sudan dan Palestin...."
Ya, tentu sekali semua itu hanya penghinaan dan pengkhianatan. Jika khianat tentang sesuatu perkara, pasti akan khianat tentang perkara lain. Api permusuhan ini sengaja dicetuskan terhadap Ikhwan Muslimun melalui publisiti yang pantas tersebar dan diterima masyarakat. Namun, ada kekeliruan di sana. Jika begitu tulisannya, tulisan tersebut berbaur hasutan daripada Ahmad Husain, ataupun tulisannya itu bertentangan dengan polisi persatuan tersebut.
Jadi, apa sebenarnya yang berlegar-legar dalam fikiran pemimpin-pemimpin mereka? Maka Ikhwan menugaskan seorang ahlinya, Al-Marhum Ustaz As'ad Sayyid Ahmad, bagi menyertai persatuan tersebut dan mengambil maklumat dari dalam.
Selepas tiga bulan penyertaan beliau ke dalam persatuan tersebut, Ustaz A'sad datang berjumpa dengan Dr Mahmud Assaf dan berkata:
"Mereka (persatuan ini) golongan patriotik, dan bekerja demi kebaikan Mesir. Tidak mengambil keuntungan harta ataupun pertolongan daripada luar. Tetapi aku berasa sedih kerana mereka ini beragama Islam. Antara anggota mereka ialah Fathi Ridhwan, Ibrahim Syukri, Muhammad Ali Sobih, Hamadah An-Nahil dan ramai lagi. Jika aku terus mengintip mencari kesalahan mereka, bukankah perkara ini bercanggah dengan perintah Allah? Dalam Al-Quran ada menyebut: Dan janganlah kamu mengintip dan jangan pula mencari kesalahan sesama kamu (Al-Hujrat:12)"
Maka balas Dr Mahmud "Wahai As'ad, selagi mana kamu berasa tenang dengan mereka, maka pergilah ke sana dan bekerjalah bersama-sama mereka dengan ikhlas. Selagi mana tiada pertembungan antara kerja demi negara bersama mereka dengan kerja menyebarkan dakwah Islam bersama Ikhwan."
Maka gembiralah As'ad dengan nasihat sahabatnya itu dan membuak-buaklah semangatnya dalam persatuan sehingga menjadi sebuh parti politik, Parti Pemuda Mesir. Sehinggalah As'ad dilantik menjadi lembaga pengarah, bukan lagi ahli biasa.
Selepas Disember 1948, di mana Ikhwan ditangkap beramai-ramai dan Jemaah Ikhwanul Muslimun diharamkan, Ustaz As'ad ditangkap untuk siasatan. Bermula dari situ, ahli Parti Pemuda Mesir mula berasa curiga dengan As'ad. Mereka menyangka As'ad ini mata-mata Ikhwan dalam parti.
"Sesungguhnya aku bersaksi dengan nama Allah bahawa dia bekerja dengan penuh keikhlasan khususnya selepas mu'tamar janji setia antaranya dengan Ahmad Husain. Janji untuk bekerja sehingga Mesir mencapai kemenangan dan kemerdekaan," ujar Dr Mahmud Assaf.
No comments:
Post a Comment