Sunday, 25 November 2012

Sehebat Durian


“Afiq tak nak balik kampung! Afiq tak nak tinggal dengan Atuk!” Afiq menghentak-hentak kakinya. Protes.

“Afiq, Afiq kena faham. Mama dengan Papa ada kerja penting yang kena diselesaikan. Tak lama pun, bulan Ramadan ni je. Nanti Mama Papa dah habis kerja, kita balik rumah. Ok?” pujuk Noriah. Mengusap lembut ubun anaknya.

“Kejap je Afiq. Nanti duduk elok-elok dengan Atuk. Jangan nakal sangat,” ujar Hakim.

Anugerah Aidilfitri


Dari jauh saya nampak dia termenung panjang.Langkah saya atur perlahan, tidak mahu mengganggu  lamunannya. Salam saya beri. Dia menyambut dengan senyuman.

“Akak dah habis kerja?”tanyanya.

“Dah.Dah pukul enam ni. Kejap lagi dah nak buka. Bagi akak macam biasa ye.”

Dia angguk.Dan saya lihat matanya berkaca. Perlahan plastik jernih yang disusunnya kemas dia ambil.

Aset


Mengimani pertemuan kembali di syurga yang kekal tidak menjadikan perpisahan ini manis. Tetap perit. Apalagi jika harus mengorbankan perasaan orang yang tersayang. Mengorbankan perasaan sendiri mungkin tidaklah seperit itu.

“Setelah setahun berlalu, aku tidak tahu lagi untuk menangis. Yang ada hanya rintihan-rintihan bisu bagai gelombang kecil bersembunyi di dasar lautan yang ada masa-masanya tiba-tiba mengganas bak tsunami. Di waktu itu tiada lagi esak tangis bahkan sedu-sedan yang tak tertahan-tahan. Aku akan tergagap-gagap menyusun bicara. Bibir bawah digetap untuk menyembunyikan getar di kerongkong sedang pipi terus dibanjiri air mata.”

Andainya Aku Di Situ



Suasana sunyi menyelubungi malam yang pekat gelita itu. Keheningan suara alam seolah-olah turut bersama menangisi peristiwa pahit tersebut. Angin bertiup perlahan, seakan-akan menyesali terhadap apa yang bakal berlaku. Bahkan, bakal disesali dan ditangisi seluruh alam.
Kedengaran derapan tapak kaki beberapa orang, melangkah masuk ke pekarangan Istana Yildiz. Masing-masing serba lengkap berpakaian kemas berwarna hitam. Kedatangan mereka bakal membawa suatu titik berdarah bagi sejarah umat Islam. Mereka ingin segera menemui Sultan Abd Hamid II, Khalifah umat Islam terakhir, di ruang kediamannya. Kedatangan mereka telah dijangka sendiri oleh Sultan Abd Hamid.

Thursday, 22 November 2012

Ikhwan dan Persatuan Pemuda Mesir

Persatuan Pemuda Mesir mengambil dasarnya daripada Persatuan Pemuda Itali. Di Itali, Persatuan Pemuda Itali menggunakan slogan "Itali Milik Semua", begitu juga di Mesir, mereka menggunakan slogan "Mesir Milik Semua".

Ahmad Husain, Presiden Persatuan Pemuda Mesir, seorang lelaki berjiwa patriotik, sangat bergolak cintanya  dan semangatnya kepada Mesir. Sebab ini, beliau banyak mengesani pengikutnya dalam persatuan ini.

Wednesday, 21 November 2012

Jundi Majhul


Beliau sering dilihat setiap petang membawa baldi di tangan kanannya yang dipenuhi dengan campuran cat dinding dengan dua berus cat. Kadang-kadang cat tersebut berwarna hitam, kadang-kadang warna merah. Pada tangan kirinya pula tersemat tongkat kayu buatan jati asli yang setia bersamanya ketika melakukan tugas.

Ketika jalan-jalan di Kaherah yang sesak menjadi lengang. Ketika manusia dengkur diulit mimpi. Ketika kemuncak suhu dingin pada musim sejuk, beliau bangun dari tidur lalu bekerja pada jam 12 tengah malam. Tiada banyak bezanya dengan musim panas. Kerjanya tetap mula tatkala larut malam. Cuma lewat sedikit, jam 2 pagi. Hinggalah azan subuh sebagai wisel penamat bagi pekerjaan beliau pada hari tersebut.