Pustaka Dakwah
Tuesday, 25 December 2012
Manhaj At-Tarbiyah `Inda Al-lkhwan Al-Muslimin
Dr. Abdul Halim Mahmud, mantan Syeikh Universiti Al-Azhar, telah menulis buku bertajuk "Manhaj At-Tarbiyah `Inda Al-lkhwan Al-Muslimin" yang menerangkan konsep perjuangan Al-Ikhwan dan pelaksanaan tarbiyahnya. Segala yang dinyatakan di bawah adalah sedutan dan suntingan terhadap penulisannya dalam buku yang dinyatakan.
Tahap-tahap Tarbiyah
Salah satu ciri tarbiyah Ikhwan Muslimun ialah ia dilaksanakan dalam bentuk tahap-tahap atau bertahap dan berperingkat. Ini untuk memastikan pembinaan individu secara berstruktur dan seimbang. Selain itu, tahap-tahap ini juga menggambarkan peringkat-peringkat keahlian dalam Ikhwan Muslimun yang dilakukan atas sebab-sebab pengurusan dan keselamatan.
Sunday, 25 November 2012
Sehebat Durian
“Afiq tak nak balik kampung! Afiq tak nak tinggal dengan Atuk!” Afiq menghentak-hentak kakinya. Protes.
“Afiq, Afiq kena faham. Mama dengan Papa ada kerja penting yang kena diselesaikan. Tak lama pun, bulan Ramadan ni je. Nanti Mama Papa dah habis kerja, kita balik rumah. Ok?” pujuk Noriah. Mengusap lembut ubun anaknya.
“Kejap je Afiq. Nanti duduk elok-elok dengan Atuk. Jangan nakal sangat,” ujar Hakim.
Anugerah Aidilfitri
Dari jauh saya nampak dia termenung panjang.Langkah saya atur perlahan, tidak mahu mengganggu lamunannya. Salam saya beri. Dia menyambut dengan senyuman.
“Akak dah habis kerja?”tanyanya.
“Dah.Dah pukul enam ni. Kejap lagi dah nak buka. Bagi akak macam biasa ye.”
Dia angguk.Dan saya lihat matanya berkaca. Perlahan plastik jernih yang disusunnya kemas dia ambil.
Aset
Mengimani pertemuan kembali di syurga yang kekal tidak menjadikan perpisahan ini manis. Tetap perit. Apalagi jika harus mengorbankan perasaan orang yang tersayang. Mengorbankan perasaan sendiri mungkin tidaklah seperit itu.
“Setelah setahun berlalu, aku tidak tahu lagi untuk menangis. Yang ada hanya rintihan-rintihan bisu bagai gelombang kecil bersembunyi di dasar lautan yang ada masa-masanya tiba-tiba mengganas bak tsunami. Di waktu itu tiada lagi esak tangis bahkan sedu-sedan yang tak tertahan-tahan. Aku akan tergagap-gagap menyusun bicara. Bibir bawah digetap untuk menyembunyikan getar di kerongkong sedang pipi terus dibanjiri air mata.”
Andainya Aku Di Situ
Suasana sunyi menyelubungi malam yang pekat gelita itu. Keheningan suara alam seolah-olah turut bersama menangisi peristiwa pahit tersebut. Angin bertiup perlahan, seakan-akan menyesali terhadap apa yang bakal berlaku. Bahkan, bakal disesali dan ditangisi seluruh alam.
Kedengaran derapan tapak kaki beberapa orang, melangkah masuk ke pekarangan Istana Yildiz. Masing-masing serba lengkap berpakaian kemas berwarna hitam. Kedatangan mereka bakal membawa suatu titik berdarah bagi sejarah umat Islam. Mereka ingin segera menemui Sultan Abd Hamid II, Khalifah umat Islam terakhir, di ruang kediamannya. Kedatangan mereka telah dijangka sendiri oleh Sultan Abd Hamid.
Thursday, 22 November 2012
Ikhwan dan Persatuan Pemuda Mesir
Persatuan Pemuda Mesir mengambil dasarnya daripada Persatuan Pemuda Itali. Di Itali, Persatuan Pemuda Itali menggunakan slogan "Itali Milik Semua", begitu juga di Mesir, mereka menggunakan slogan "Mesir Milik Semua".
Ahmad Husain, Presiden Persatuan Pemuda Mesir, seorang lelaki berjiwa patriotik, sangat bergolak cintanya dan semangatnya kepada Mesir. Sebab ini, beliau banyak mengesani pengikutnya dalam persatuan ini.
Wednesday, 21 November 2012
Jundi Majhul
Beliau sering dilihat setiap petang membawa baldi di tangan
kanannya yang dipenuhi dengan campuran cat dinding dengan dua berus cat.
Kadang-kadang cat tersebut berwarna hitam, kadang-kadang warna merah. Pada
tangan kirinya pula tersemat tongkat kayu buatan jati asli yang setia
bersamanya ketika melakukan tugas.
Ketika jalan-jalan di Kaherah yang sesak menjadi lengang.
Ketika manusia dengkur diulit mimpi. Ketika kemuncak suhu dingin pada musim
sejuk, beliau bangun dari tidur lalu bekerja pada jam 12 tengah malam. Tiada
banyak bezanya dengan musim panas. Kerjanya tetap mula tatkala larut malam. Cuma
lewat sedikit, jam 2 pagi. Hinggalah azan subuh sebagai wisel penamat bagi
pekerjaan beliau pada hari tersebut.
Subscribe to:
Comments (Atom)

